Sunday, December 25, 2011

(Tips Mr.Kool)Wanita suka lelaki yang..

Mr Kool tak romantik sangat tapi ada terbaca pula pasal tip-tip bagi para jejaka yang sedang mencari pasangan hidup atau mereka yang ingin menjaga kebahagiaan hubungan mereka. Apakah ciri-ciri lelaki yang wanita suka?
Gambar #1 Lelaki yang tidak mendengar wanita
#1.Wanita suka lelaki yang sedia mendengar
Semua wanita mahu perhatian yang cukup dari pihak lelaki. Tidak kisahlah, masalah tersebut adalah masalah yang penting atau hal yang remeh seperti kereta dan lain-lain lagi. Jika, lelaki meluangkan masa untuk mendengar masalah mereka, ini akan sangat meyakinkan si wanita bahawa kita menghargai mereka dan mencintai mereka.
Gambar#2 Lukisan pasangan di Jepun zaman dahulu
2. Wanita suka lelaki yang berdikari
Lelaki yang berdikari akan menjadi orang yang boleh dipercayai. Tetapi, wanita juga mahu agar lelaki memberi mereka ruang untuk berdikari. Contohnya, memberi mereka kebebasan untuk memilih kerjaya!
Gambar #3 Hadiah yang simple pun ok asalkan ada

3. Wanita suka lelaki yang menghargai mereka
Hadiah! Siapa yang tidak suka kalau orang memberi kita hadiah, bukan? Contoh yang paling simple adalah memberi mereka hadiah semasa hari ulang tahun atau hari jadi.

Semoga hubungan anda sentiasa bahagia dan penuh dengan memori yang indah!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews